1. Bentuk tubuh yang menarik.
Susuk
tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara
semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya
kekal
hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu
agar
susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha
untuk
tampil cantik di hadapan mereka. Tapi wanita wajib menutup aurat, sbb
itulah harga yg tak ternilai.. ibarat emas.. emas, mesti disorokkan dan
disimpan rapi supaya tiada tangan2 kasar yg rakus mengganas pada emas
itu... bentuk tubuh menarik pada seorg suami paling banyak pahala ibarat
pahala jihad..
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu
menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas.
Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda
mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap
individu itu berbeza di antara satu sama lain.
3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara.
Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi
mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau
suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang
merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk
mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada
atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami
anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan
wanita yang jujur atau tidak menipu.
6. Penampilan yang sederhana. Jangan
keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang
mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa
kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara
yang tidak digemarinya.
7. Jangan perasan walaupun anda
sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji
anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu
itu.
8. Bermanjalah dengan si dia apabila si
dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam
situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini
anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.
9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa
jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di
majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
10. Jangan bercakap perkara yang
remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana
perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan
dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang
perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
11. Matang apabila bersama dengannya.
Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau
anda sememangnya sudah berusia.
12. Jangan sekali-kali membandingkan si
dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah
atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda
lagi.
13. Jadilah peneman si dia sama ada di
waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber
inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
14. Jadilah pendengar yang setia.
Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap.
Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu
mendengar apabila orang lain berbicara.
15. Pandai membelai. Walaupun lelaki
sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka
apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.
16. Jangan terlalu suka meminta-minta,
merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu
berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu
perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk
bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.
17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin
terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya
untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun
nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar
terhadap teman lelaki atau suami anda.
18. Belajar berdikari dan jangan
terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan
perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu
mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang
diri.
19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip
hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda.
Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.
20. Berterus-teranglah dengan teman
lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada
mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia.
Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka
yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk
terus bersama anda.
22. Belajar menghormatinya. Selain
dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman
rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan
satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.
23. Jangan tunjukkan diri anda seperti
seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di
dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka
kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu
menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.
24. Belajarlah memasak. Apa gunanya
anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu
memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan
anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan
kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.
25. Berpendidikan. Anda tidak
semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti.
Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan
apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan
berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar